Total Pageviews

Friday, June 22, 2012









Assalammualaikum,,,, kali ni saja nak mencoteng dah lama x mencarut kat blog sendiri... :)
ermmm...apa kena mngena dgn gambar sebiji bola kat atas tu? nak suruh main bola ka atau nak suruh tgk bola kat TV tgk Euro? hehehe.... sebenarnya ini bkn sebiji bola bkn juga sebiji dragon ball.. tapi ni adalah alat yg aku gunakan untuk melihat...... Huh??  teropong or bola ramalan yg selalu ahli nujum gunakan untuk melihat masa depan ke (mcm cerita dlm TV)?... blm habis ayat lg dah, ni adalah alat yg aku gunakan untuk melihat masa...  atau dikenali sebagai jam. Jam? yes this is alarm clock.. rupa mcm bola itu yg aku suka .. :)
bila tgk benda ni aku teringat kat org yg hadiahkan benda ni kat aku. sapa org tu? special case punya cerita..seseorang  yg byk memberi nasihat kepadaku xpnah jemu cuma sejak kebelakangan ni mgkin dia busy(sangka baik) xdapat nak contact... hehehe...  ucapan terima kasih atas pemberian benda ni sebagai hadiah. sangat2 dihargai pemberian ini.. tiba-tiba emosi pula. Ermmmm.... ada org nak bnda ni aku x bagi bukan sebab kedekut tapi atas sebab tertentu. seperti yg aku katakan tadi 'special case'.. (^_^)


okay dah habis,,, skg ni nak ajak korang berfikir tentang masa, knp dgn masa? ada apa dgn masa? masa sgt penting kepada diri kita. sebab masa yg telah kita gunakan sebentar tadi tidak akan dapat kita ulang semula, masa yg telah berlalu akan menjadi sejarah, seminit yg belalu dah jadi 'history' pada diri. Nak ulang masa tak boleh tapi nak ulangi perbuatan yang dilakukan pada masa yg dah berlalu boleh. Melakukan perkara yg sama tapi bukan pada masa yg sama. Masa lebih berharga daripada emas dan wang sebab emas dan wang tidak  dapat membeli masa. Emas dan wang hanya dapat membeli jam yg menunjukkan waktu/masa. :) pepatah arab mengatakan "Masa ibarat pedang jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu".... dah berapa byk kesan pedang masa ke atas diri kita? sedarkah kita bahawa terlalu byk masa yg telah diberi oleh Allah s.w.t  kita sia-siakan..? Dari awal hingga akhir, dari kecil hingga dewasa. Tanya diri masing-masing apa yg telah kita lakukan dgn masa . Semua berkaitan dengan masa, nak mkn pn gunakan masa, tido perlukan masa, mandi perlukan masa, semua perlukan masa. Ibadah pun perlukan masa. Tuhan telah bagi masa sebaik-baiknya utk kita. Kita wajib bersyukur dgn nikmat masa yg diberi. Rugi sekiranya kita tidak mensyukuri nikmat yg Allah s.w.t beri. 


"Dan sesungguhnya kami telah memberi keapada Luqman, hikmat kebijaksanaaan,(serta kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah(akan segala nikmatNya kepadamu) Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya  Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." [surah Luqman ayat 12].  


Jika nak bandingkan masa kita beribadah dgn di luar ibadah memang jauh bezanya. Masa utk dunia kita lebihkan berbanding masa utk akhirat. Masa dalam sehari 24jam tolak 50 minit(solat fardhu) je utk akhirat. x susah pun. Islam itu indah dunia dan akhirat diperlukan. Masa di dunia dijadikan sebagai perantaraan mencari santapan bekalan ke negeri abadi(akhirat), dapat byk ikan di laut balik rumah masak buka mulut makan dgn puas. byk bekal di dunia bahagia la di akhirat kelak. Renungkan bersama......


 hargailah masa dengan sebaiknya. 


*pesan utk diri sendiri.










ini lah jam aku.



No comments:

Post a Comment