Pengenalan
Bahasa:
Akidah
dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
Istilah:
Akidah
dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat
tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama
ada akidah yang betul atau sebaliknya
Akidah
Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah
serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan
adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan
taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari
Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu,
akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa
yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Pengertian Akidah
Ilmu
yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt
dan sifat-sifat kesempurnaanNya.
Setiap
umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak
berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah
swt
Akidah
sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Ilmu
Akidah
Ilmu Tauhid
Ilmu
yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin
Suatu
ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan
pesuruhNya
Ilmu Makrifat
Suatu
ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal
Allah swt
Ilmu Kalam
Sesuatu
ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai
perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah
Suatu
ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan
kepada Allah swt.