Total Pageviews

Sunday, July 29, 2012

Golongan Ahli Syurga


Lelaki Yang Dinaungi Awan
Diceritakan bahawa seorang pemuda jatuh hati kepada seorang dara. Mereka sebenarnya adalah berjiran. Ketika hari mulai pagi, gadis itu berangkat ke sebuah desa, nun jauh... seorang diri. Ia berangkat ke sana atas perintah keluarganya untuk suatu keperluan. Tak disangka, langkahnya diikuti pemuda jirannya. Dekat sudah jarak mereka berdua. Dalam dada si pemuda telah menggumpal gelora harapan. Ia rayu gadis itu, ia pujuk agar menuruti kehendaknya. Tetapi gadis itu petah menjawab: “Saya takut kepada Allah.”
Kalimat pendek itu menjebak perasaan si pemuda. Ia berkata, “Kau takut kepada Allah? Duhai... mengapa aku tidak takut?” tanyanya kepada hatinya sendiri. Langkah pemuda itu terhenti seketika. Ia patah balik dan pulang ke rumahnya. Di tengah perjalanan, ia merasakan haus yang amat sangat, sementara langit panas membakar. Hampir saja ia pengsan. Saat itulah ia bertemu seorang soleh dari bangsa Israil.
Di hadapan orang soleh itu ia menceritakan kehausannya. Orang soleh itu berkata, “Mari kita berdoa, semoga Allah melindungi kita dengan naungan awannya hingga sampai ke desa.”
“Berdoa....? Saya tidak mempunyai amal soleh apapun. Tetapi... kita memang perlu naungan. Berdoalah tuan, saya akan mengamini.”
Orang soleh itu segera memanjatkan doa, dan si pemuda mengamini dengan penuh pengharapan. Tiba-tiba awan datang di atas kepala mereka, menaungi perjalanannya hingga sampai ke desa. Ketika pemuda itu masuk ke rumahnya, hilanglah awan yang menaungi itu. Orang soleh itu menatap si pemuda. Dia melihat bahawa pemuda itu memiliki suatu amal baik, maka ia bertanya, “Ceritakan kepadaku, apa yang pernah kau lakukan?”
Dengan jujur ia bercerita mengenai perbuatannya yang hampir saja ia lakukan kalaulah tidak ingat terhadap ancaman Allah. Mendengar itu orang soleh berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat itu, sentiasa berada di sisi Allah, dalam suatu kedudukan yang tiada seorang pun di dalam kedudukan itu. Dan di akhirat, ia akan dimasukkan ke dalam syurga dan dikahwinkan dengan bidadari-bidadari yang kecantikannya tak dapat dibayangkan”.

PUASA



PENGERTIAN PUASA 

·         Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
·         Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT 
·         Puasa enam hari pada bulan Syawal
·         Puasa hari Arafah
·         Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
·         Puasa bulan Syaaban
·         Puasa Isnin dan Khamis
·         Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
·         Puasa yang terus menerus sepanjang masa
·         Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
·         Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
·         Puasa pada hari raya pertama Haji
·         Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
·         Berakal
·         Akhir Baligh (Cukup umur)
·         Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
·         Islam
·         Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
·         Suci daripada haid dan nifas
·         Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.



RUKUN PUASA
·         Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
·         Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
·         Makan dan minum dengan sengaja.
·         Muntah dengan sengaja.
·         Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.
·         Keluar darah haid atau nifas.
·         Gila.
·         Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
·         Orang yang sakit.
·         Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
·         Orang tua yang sudah lemah.
·         Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.